KFCFC NEWS  •  OFFICIAL

1 Alfredo Mahu Pemain Bangkit, Fokus Cabar Kuching City FC

•

•

•  Kelantan city FC

Ketua Jurulatih Kelantan City FC, Alfredo Gonzalez mahu anak buahnya segera melupakan kekecewaan
aksi menentang Perak FA dan mengalihkan sepenuh perhatian kepada pertemuan suku akhir pertama Piala FA menentang Kuching City FC pada 20 September 2026.

Alfredo berkata, keputusan sebelum ini perlu dijadikan pengajaran dan pembakar semangat untuk pemain
kembali menunjukkan karakter sebenar pasukan apabila berdepan cabaran lebih getir dalam saingan kalah mati.

Menurutnya, pemain perlu menguatkan keazaman serta tampil dengan aksi lebih bertenaga dan berdisiplin bagi memastikan Kelantan City FC mampu mencari bekalan di laman sendiri.

Alfredo mengakui tugas menentang Kuching City FC bukan mudah berdasarkan prestasi serta kekuatan
skuad lawan musim ini.

“Namun, kami percaya kepada kemampuan pemain sendiri. Kami perlu berani, kekal fokus dan
melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, tumpuan utama ketika ini adalah memastikan pemain berada pada tahap terbaik dari segi
fizikal, mental dan taktikal menjelang aksi tersebut.

Menurut Alfredo, format dua perlawanan juga menuntut pasukannya mengurus permainan dengan bijak
kerana setiap jaringan dan keputusan pada aksi pertama mampu memberi kesan besar menjelang
perlawanan timbal balik.

Kelantan City FC dijangka mempertaruhkan barisan terbaik dalam usaha mendapatkan bekalan positif pada
aksi suku akhir pertama sebelum meneruskan perjuangan memburu tempat ke separuh akhir Piala FA.

KCFC NEWS

OFFICIAL CLUB NEWSROOM

RELATED NEWS

MEET & GREET KELANTAN CITY FC x EMAS SRI SEMANTAN! 5

MEET & GREET KELANTAN CITY FC x EMAS SRI SEMANTAN! 4

MEET & GREET KELANTAN CITY FC x EMAS SRI SEMANTAN! 3